Wanita dedah derita perut membusung akibat disantau

Wanita dedah derita perut membusung akibat disantau

Biarpun teknologi moden bergerak pantas setiap hari, amalan sihir, santau atau menuntut ilmu bercanggah ajaran Islam masih diamalkan segelintir masyarakat Melayu negara ini.

@_julizzAndai masa boleh Di putar Aku tak nak jumpa org yg kianat Aku..

♬ original sound – Nadya Mahdi

Biasanya amalan sihir-menyihir ini berlaku dalam bidang perniagaan yang berpunca dari hasad dengki sehingga sesetengah individu sanggup menggunakan sihir semata-mata untuk menutup periuk nasi pesaing mereka.

Ada orang hantar sihir

@_julizzTerima kasih utk 50k follower yg sy tak terjangka 😭😭😭 semoga semuanya berakhir dgn bahagia. Sy bukan siapa2 hnya hamba Allah yg x pnya apa2 🥺

♬ original sound – vinn

Begitulah seperti ujian yang dilalui oleh wanita bernama Puan Juliza ini di mana dia berkongsi kisahnya disihir sejak tahun 2019 menerusi sebuah video di TikTok.

Bukan itu sahaja, staf, adik serta anak buahnya turut terkena tempias dari perbuatan syirik tersebut.

Salah satu peristiwa misteri yang dilaluinya adalah perut yang tiba-tiba membesar dan membusung seperti wanita mengandung.

Malah, Puan Juliza turut mengakui pernah berasa putus asa ingin melupakan niat untuk bekerja mencari rezeki.

@_julizzPart ni aku x tahan sakit..dada sakit sukar bernafas..aku down gila waktu ni 😭 dh biasa keluar berniaga Tp ape pn tak leh buat..

♬ original sound – Julizz

Dalam sebuah video yang dikongsi, wanita itu dilihat sedang menangis dan menghentakkan tubuh badannya menahan kesakitan kerana mengalami kesukaran untuk bernafas akibat sihir yang dihantar kepadanya.

Memetik temubual bersama Kisah Dunia, Puan Juliza berharap agar individu di sebalik perbuatan syirik itu kembali bertaubat kepada Tuhan.

“Untuk pelaku, berhentilah buat perbuatan syirik & ingat kekuasaan Allah. Semua rezeki kita milik Allah. Hati-hati, sihir ini berleluasa di mana-mana & mereka yang mempunyai perniagaan berisiko untuk kena,” ujarnya kepada pihak Kisah Dunia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Puan Juliza segera sembuh. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti yang dialami wanita itu.

Di samping itu, dia turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan amalan sihir terutamanya para peniaga.

 

COMMENTS