[VIDEO VIRAL] Lubang besar muncul secara tiba-tiba di Jerusalem, beberapa kereta ditelan bumi

[VIDEO VIRAL] Lubang besar muncul secara tiba-tiba di Jerusalem, beberapa kereta ditelan bumi

Satu lubang besar yang secara tiba-tiba muncul di tempat letak kereta Pusat Perubatan Shaare Zedek di Jerusalem pada Isnin petang dilaporkan telah menelan sejumlah kereta, lapor The Times of Israel.

Tujuh trak bomba dilaporkan digegaskan ke tempat kejadian. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Lubang besar itu dipercayai terbentuk hasil daripada kerja pembinaan berdekatan dengan laluan baru di pintu masuk Jerusalem. Sebuah terowong yang dalam pembinaan terletak di bawah hospital serta kawasan parkir berkenaan juga turut runtuh, menurut laporan media berbahasa Ibrani.

Polis menyatakan bahawa mereka menerima panggilan ‘satu runtuhan’ di tempat letak kereta hospital.

Video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan kereta jatuh ke dalam lubang yang besar telah menjadi tular.

Hospital tersebut pada baru-baru ini dilaporkan telah membuka satu tempat letak kereta yang baru mampu yang mampu memuatkan ratusan kenderaan dalam satu masa. Namun, lubang besar tersebut dilaporkan telah muncul di kawasan tempat letak kereta yang lama berhampiran stesen pembayaran di pintu keluar.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menyatakan bahawa selain tujuh trak bomba digegaskan ke tempat kejadian, satu unit penyelamat khas juga dikerahkan bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di dalam kenderaan yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan.

Berita penuh : SK

COMMENTS