Terima kasih abang peronda

Terima kasih abang peronda

PETALING JAYA – Selain kerja hakiki meronda kawasan bagi menjaga keamanan, kehadiran sebuah kereta peronda polis (MPV) di sebuah kawasan untuk menghantar bantuan menarik perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @antraxxxx, kelihatan sebuah kereta peronda yang selalunya menjadi ‘igauan’ kepada penjenayah hadir menghantar sumbangan kepada penduduk.

Klip video berdurasi 55 saat itu memaparkan seorang anggota polis sedang mengagihkan barang keperluan yang dibawa dalam kereta peronda seperti, telur, beras dan beberapa keperluan lain.

Bagaimanapun, lokasi bantuan itu tidak dinyatakan, namun orang ramai memuji sikap yang ditunjukkan anggota polis dan menyambut baik usaha yang dilakukan khususnya PDRM.

“Tahniah @PDRMsia prihatin pada nasib semua golongan terjejas akibat Covid-19,” tulis @Izzuddin Safuan.

“Siapa kata @PDRMsia tak boleh beri sumbangan sambil meronda? Ok je ni,” ciap @lisahadeeja.

Pada masa sama, orang ramai turut memuji kerja yang ikhlas yang dilakukan anggota itu tanpa meminta sebarang pujian dan liputan media.

“Tak perlu ada jurugambar, tak perlu mintak sebut rukun iman,” ciap @lilmadraco.-K! ONLINE

COMMENTS