Rumah impian peminat Star Wars kini dibuka untuk jualan

Rumah impian peminat Star Wars kini dibuka untuk jualan

RUMAH impian peminat Star Wars kini dalam pasaran hartanah untuk dimiliki. Tetapi jika anda mahu menuju ke ‘dark side’, ia memerlukan kos yang tinggi.

Dikenali sebagai The Darth Vader House, rumah seluas 7,000 kaki persegi di Houston, Texas itu disenaraikan pada harga AS$4.3 juta (RM17.7 juta)

Ia diberi nama panggilan sedemikian kerana bahagian luarnya mirip dengan helmet watak ikonik dalam filem berkenaan.

Dengan lot keseluruhan 18,000 kaki persegi, hartanah berkenaan mempunyai nilai yang jauh lebih mahal daripada rumah lain di sekitarnya, yang berharga antara AS$805,000 (RM3.3 juta) dan AS$2.7 juta (RM11.5).

Image

Image

Rumah itu dibina pada tahun 1992 dan mempunyai empat bilik tidur, lima bilik mandi dan garaj yang boleh memuatkan empat buah kereta.

Tidak dapat dipastikan jika ia pernah dimiliki sesiapa sebelum ini.

Rumah ini juga menawarkan ruang terbuka yang biasa ditemui pada rumah kontemporari, almari yang luas serta ruang tamu dan tingkap besar.

Berita penuh : AW

 

COMMENTS