Panas!! Nazri Aziz pula gesa Zahid berundur, mahu Mat Hasan ambil alih

Panas!! Nazri Aziz pula gesa Zahid berundur, mahu Mat Hasan ambil alih

KUALA LUMPUR: Setiap hari semakin ramai pemimpin UMNO yang membuat gesaan agar presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi kelangsungan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan itu atas alasan Zahid tidak lagi mempunyai kreadibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas itu menegaskan Zahid perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin parti kerana imejnya sudah tercalar dengan tuduhan-tuduhan di mahkamah.

“Zahid perlu berundur segera.

“Soal siapa akan ganti bukan masalah kerana kita ikut sahaja hierarki parti.

“(Datuk Seri) Mohamad Hasan sebagai orang nombor dua boleh ambil alih kepimpinan.

“Kalau ada warlords yang tidak setuju, itu adalah masalah mereka kerana bagi saya, perkara yang betul untuk dibuat adalah mengikut hierarki kerana itu diputuskan oleh akar umbi semasa pemilihan parti.

“Saya yakin Mohamad Hasan mampu ketuai UMNO dan saya harap beliau boleh lakukan perubahan dalam parti,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Nazri menjelaskan apa yang berlaku ketika Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC minggu lalu merupakan bukti jelas kepimpinan Zahid tidak lagi dihormati oleh parti komponen BN.

“Komponen BN nampaknya tidak menghormati beliau (Zahid).

“Lihat sahaja AGM MIC hujung minggu lalu, sekiranya presiden UMNO dan Pengerusi BN dihormati dan disegani, parti komponen tidak akan mengundang orang luar untuk merasmikan.

“Ini memalukan. Ini juga jelas bahawa Zahid tidak ada kreadibiliti sebagai presiden UMNO dan Pengerusi BN,” katanya lagi.

Pada Selasa, Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah membuat gesaan agar Zahid berundur demi mastikan kelangsungan UMNO agar terus relevan dalam landskap politik tanah air. – AA

COMMENTS