Netizen dedah satu aplikasi jadi lubuk remaja bawah umur sembang lucah dan cari partner ‘check-in’

Netizen dedah satu aplikasi jadi lubuk remaja bawah umur sembang lucah dan cari partner ‘check-in’

Memang tak dinafikan, pada era globalisasi ini, kebanyakan individu di seluruh dunia lebih berminat menggunakan media sosial dan aplikasi pesanan atas talian untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Hal ini kerana aplikasi tersebut sangat mudah digunakan selain ianya mengikut trend masa kini.

Walaupun begitu, terdapat banyak kesan negatif yang diperolehi sekiranya mereka menyalahgunakan aplikasi tersebut.

Aplikasi tak sesuai untuk budak

Seorang pengguna Twitter iaitu Shah Fahzan ada meluahkan rasa kurang senang dengan kewujudan satu aplikasi yang berfungsi untuk penggunanya berhubung dengan individu lain menerusi teks dan video call. Difahamkan, sekiranya seseorang individu itu ingin mendaftar dan mahu menjadi pengguna aplikasi tersebut, mereka mestilah berusia 13 tahun dan ke atas.

Mungkin pedophile menyamar jadi budak

Ingin mengetahui apa sebenarnya fungsi aplikasi yang viral ini, Shah Fahzan telah memuat turun aplikasi tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat kandungannya sangat tidak sesuai dengan remaja yang berusia 13 tahun. Hal ini kerana, perbualan pengguna di dalam aplikasi itu sangat bebas dan boleh dikatakan agak ‘lucah’. Lebih membimbangkan sekiranya ada golongan pedophile yang sengaja menggunakan paltform ini untuk memuaskan nafsu mereka.

Bawah umur dah bergaul bebas

Umur 14 tahun tapi post gambar seksi

Jika dilihat, gadis-gadis yang baru berusia 14 tahun pun sudah berani berkongsi gambar-gambar seksi. Tidak cukup dengan itu, ruangan komen turut dipenuhi dengan komen berbaur lucah yang tidak sepatutnya ditulis oleh mereka yang di bawah umur.

Pernah kerja ugut sebab ‘gambar’

Berikutan daripada perkongsian itu, kebanyakan netizen terpanggil untuk memberi pendapat dan menceritakan pengalaman mereka selepas menggunakan khidmat aplikasi terbabit. Ada dalam kalangan mereka mendakwa pernah menerima gambar ‘lucah’ daripada remaja yang berusia 18 tahun. Lebih mengejutkan apabila ada seorang lelaki mengaku telah menjadikan gambar seorang wanita sebagai satu ‘alat’ untuk menaikkan nafsunya.

Pengalaman netizen

Oleh hal demikian, ada dalam kalangan netizen menasihati orang ramai supaya mengawasi dan memantau aktiviti anak-anak atau adik-beradik terutamanya dalam penggunaan telefon bimbit. Hal ini kerana, penggunaan aplikasi seperti ini secara tidak langsung mengundang para remaja terjerumus ke dalam kancah negatif.

Berita asal : https://ohbulan.com/sembang-lucah-cari-partner-untuk-check-in-netizen-dedah-aplikasi-melampau-target-remaja-bawah-umur

COMMENTS