Menyedihkan dan menyakitkan hati saya – Siti Zailah

Menyedihkan dan menyakitkan hati saya – Siti Zailah

Kes pembunuhan kejam seorang isteri yang dipercayai ditembak suaminya menggunakan pistol angin disifatkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai satu perkara yang menyedihkan dan menyakitkan hati.

Katanya kes itu akan disiasat secara terperinci pihak polis dan pembunuh akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Beliau dalam pada itu menyeru kepada mereka yang menjadi mangsa rumah tangga atau mengetahui maklumat berkaitan wanita yang menjadi mangsa untuk segera membuat laporan kepada pihak polis.

Selain itu beliau menggesa mangsa keganasan rumah tangga untuk ke mana-mana hospital terdekat bagi rawatan kerana laporan hasil rawatan adalah bukti penting untuk pendakwaan.

Mangsa keganasan rumah tangga juga katanya boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau menggunakan aplikasi Whatsapp ke nombor 0192615999 untuk bantuan dan sokongan.

Semalam media melaporkan, misteri kehilangan wanita yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam tong air yang tertanam di sebuah ladang serai di Bandar Penawar.

Suaminya yang berusia 43 tahun menjadi suspek utama yang dipercayai menembak mangsa berusia 38 tahun ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi. | AHO

COMMENTS