Maut akibat jangkitan selepas tindik kening

Maut akibat jangkitan selepas tindik kening

BRASILIA: Seorang remaja perempuan maut selepas menindik kening sendiri di rumahnya di Engenheiro Caldas, timur Brazil.

Lapor Mirror, mangsa, Izabela Eduarda de Sousa, 15, melakukan prosedur sendiri sebelum jatuh sakit beberapa hari selepas itu.

Sebelum kejadian, Izabela meminta kebenaran ibunya untuk menjalani prosedur tersebut.

Bukan setakat ibunya, malah, ahli keluarga lain seperti ibu saudaranya menentang hasrat remaja itu.

Remaja itu tidak menghiraukan larangan tersebut dan cuba menindik keningnya dengan bantuan daripada rakan perempuan lain.

Selepas tiga hari, mangsa mula mengalami beberapa simptom dan matanya mula menjadi bengkak sebelum dibawa ke hospital dan mengalami serangan jantung, sekali gus menyebabkan dia meninggal dunia.

Disebabkan kejadian itu, pakar perubatan menasihatkan agar prosedur estetik seperti menindik kening dijalankan oleh golongan profesional di klinik berlesen.

Sumber: UM

COMMENTS