Korban cinta, satukan isteri dengan kekasih

Korban cinta, satukan isteri dengan kekasih

New Delhi: Bagaikan babak filem Bollywood, Hum Dil De Chuke Sanam, seorang suami di India sanggup mengorbankan cintanya demi menyatukan isterinya dengan kekasih wanita itu.

Lelaki itu, Uttam Mandal dari bandar Sultanganj, Bhagalpur merestui perkahwinan isterinya, Sapna Kumari dengan insan yang dicintainya.

Memetik portal Oddity Central, Uttam memutuskan perkara itu selepas menyedari Sapna jatuh hati kepada lelaki lain yang juga saudara-mara suaminya itu.

Katanya, Sapna sering dilanda dilema kerana tidak dapat meninggalkan kekasih hatinya itu.

“Pada mulanya memang saya marah dan kadang kala sedih, tetapi saya membuat keputusan ini untuk menyelesaikan masalah kami.

“Kehidupan tiga orang akan musnah jika saya tidak buat macam ini. Jadi inilah saja jalan terbaik. Sekarang kami semua boleh hidup dengan bahagia,” katanya dalam ETV Bharat. | HM

COMMENTS