Kapal selam Kri Nanggala 402: Oksigen habis hari ini

Kapal selam Kri Nanggala 402: Oksigen habis hari ini

PENCARIAN kapal selam Indonesia, Kri Nanggala 402 bersama 53 kru semakin getir apabila bekalan melepasi anggaran ketahanannya pada jam 3 pagi, waktu tempatan hari ini.

Ini membuatkan kapal selam buatan Jerman itu kehabisan bekalan oksigen selepas lebih 72 jam hilang di lautan.

Di sebalik operasi berterusan dilakukan, timbul kebimbangan kesemua kru kapal selam terbabit berdepan keracunan karbon monoksida.

Situasi ‘blackout’ Kri Nanggala 402 juga memberi impak kepada daya ketahanan kru kerana kuasa diperlukan bagi menggerakkan kipas.

Kuasa diperlukan untuk menggerakkan kipas yang menyalurkan udara melalui lilin oksigen dan bahan penyerap karbon dioksida.

Persoalan tetap timbul bagaimana kapal selam berkenaan boleh menjadi ‘blackout’.

Dalam perkembangan berkaitan, Tentera Indonesia (TNI) mengesan isyarat satu objek dengan kemagnetan tinggi ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kri Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali.

Jurucakap TNI, Achmad Riad berkata, isyarat daripada objek tidak dikenal pasti itu dikesan pada kedalaman antara 50 dan 100 meter (m).

Beliau berkata, kapal dengan alat pengesan sonar sudah dihantar ke lokasi untuk mengenal pasti objek berkenaan. | AA

Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.

COMMENTS