Kapal selam KRI Nanggala-402 ditemui?

Kapal selam KRI Nanggala-402 ditemui?

JAKARTA: Berita yang mendakwa kononnya kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 ditemui bertebaran dalam media sosial sejak semalam.

Maklumat palsu itu dimuat naik dalam akaun Facebook Dialog Musim Hujan.

“Berita gempar. Alhamdulillah selepas 21 jam misi pencarian kapal selam, akhirnya KRI Nanggala-402 ditemui berdasarkan berita terkini daripada Ketenteraan VIVA, Jurnal Maritim.

“Bagaimanapun, satu daripada lima kapal selam TNI masih tidak boleh timbul di permukaan. Nasib 53 anak kapal juga belum diketahui lagi,” tulis kenyataan dalam Facebook itu.

Menurut Detik.com, TNI menafikan kenyataan itu dan menjelaskan berita penemuan kapal itu sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai asas kukuh serta rujukan.

Katanya, laporan itu antaranya menyatakan pergerakan di dalam laut berjaya dikesan.

“Pergerakan itu berjaya dikesan oleh kapal KRI Raden Eddy Martadinata (KRI) Raden Eddy Martadinata (331).

“Tambahan pula, berdasarkan penemuan itu terdapat laporan tambahan mengenai penemuan KRI REM331 di dalam air dengan kelajuan 2.5 knot. Isyarat itu kemudiannya hilang sehingga belum cukup untuk mengenal pasti jejak itu sebagai kapal selam,” katanya.

Kapal selam itu dipercayai terputus hubungan ketika sesi latihan dan hilang di perairan berhampiran Bali, Rabu lalu.

Kapal selam buatan Jerman pada 1978 itu mempunyai berat 1.39 tan dengan dimensi panjang 59.5 meter, lebar 6.3 meter serta tinggi 5.5 meter.

Dalam perkembangan lain, bekalan oksigen kapal selam itu dilaporkan hanya boleh bertahan selama 72 jam iaitu sehingga awal pagi Sabtu.

Jurucakap tentera, Yudi Margono berkata, bekalan oksigen kapal selam itu tidak mampu bertahan lama susulan bekalan tenaga yang terputus. | UM

COMMENTS