Dua pencuri didapati tersepit di celah pagar ketika cubaan melarikan diri.

Dua pencuri didapati tersepit di celah pagar ketika cubaan melarikan diri.

Kerteh, 7 Julai 2021 – Dua pencuri didapati tersepit di celah pagar ketika cubaan melarikan diri.

Kejadian yang disedari oleh tuan rumah dan jiran itu berlaku sekitar jam 6 pagi apabila kedengaran suara jeritan mangsa yang kesakitan akibat cubaan meloloskan diri yang tersepit. Dikhuatiri mereka melakukan kegiatan tersebut sejak awal pagi lagi. Mangsa gagal meloloskan diri melalui pagar besi, menyebabkan kedua2 nya tersepit.

Tuan rumah menghubungi pihak bomba untuk bantuan kerana khuatir mangsa mungkin bertindak ganas. Pihak bomba tiba jam 7 pagi dengan sebuah kenderaan 4 roda dan kekuatan 2 anggota. Dengan menggunakan teknik konvensional, kedua2 mangsa berjaya dilepaskan dari tersepit.

Namun tindakan mereka yang pantas melarikan diri sebaik sahaja terlepas telah menyebabkan pihak bomba gagal menangkap mereka.

Kelihatan juga kelibat ibu mereka di belakang semak, menunggu kepulangan anak2 di pagi hari seusai melakukan kegiatan di waktu malam.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan pecah rumah.

COMMENTS