Acryl Sani sah KPN baharu

Acryl Sani sah KPN baharu

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Selasa depan sehingga tarikh persaraan beliau Oktober ini.

Penyerahan surat pelantikan itu diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam majlis khas pagi ini di Putrajaya.

Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan tempat Acryl Sani masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah mendedahkan nama Acryl Sani antara disebut-sebut bakal menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik sahaja Tan Sri Abdul Hamid Bador menamatkan kontraknya sebagai Ketua Polis Negara 4 Mei ini.

Selain beliau, nama yang turut disebut-sebut iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya antara calon yang layak memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Acryl Sani. | UM

COMMENTS